Tuesday, March 10, 2009

saya orang melayu

saya adalah seorang melayu,beragama islam,di lahirkan dalam keluarga melayu berketurunan jawa.Arwah ayah saya melayu ,ibu saya melayu,kesemua ahli keluarga kami melayu,kami juga bertutur dalam bahasa melayu.Kami makan masakan melayu,kami hidup dengan cara melayu,dengan rewang,ziarah,makan menggunakan tangan,duduk bersila,pantang larang,petua dan bermacam lagi adat resam orang melayu.

Bila isu PPSMI melanda tanah melayu ini,saya dapat merasakan bahawa ianya amat dekat dengan saya.Mengapa?

Kerana arwah ayah saya adalah seorang guru sastera dan bahasa melayu,aktivis bahasa melayu,ahli GAPENA,penyajak,penyair dan penulis sastera melayu ketika hayatnya.Kami dibesarkan dengan karya-karya shahnon ahmad,usman awang,pak samad dan arwah ayah sendiri.Saya mula membaca dewan sastera ketika saya masih tadika kerana terdapat banyak halangan kewangan dan keizinan untuk membeli komik.Dewan Sastera adalah hiburan saya waktu lampau selain akhbar arus perdana.Saya juga membantu dan mengganggu ayah saya memeriksa kertas jawapan Bahasa Melayu SPM dan STPM seusai lewat 7 tahun usia saya hingga akhir hayat ayah saya.Saya berkesempatan ke Hari Sastera Nasional '93 di Shah Alam juga ketika 7 tahun yang saya kira ketika itu sebuah perhimpunan untuk jumpa kawan,makan-makan dan sebagainya.tetapi perkiraan itu salah,ianya adalah perhimpunan besar pejuang bahasa.Bahasa dan kesusasteraan melayu seperti sangat dekat dengan jiwa saya.

Ramai sahabat saya beranggapan bahawa saya menentang PPSMI lantaran susur galur dan sikap saya terhadap bahasa melayu.Tetapi tidak,saya menyokong PPSMI.
Mengapa begitu?

Kerana saya sayang bangsa dan bahasa bangsa saya.

Saya Sayang Bangsa Saya

Saya diajar menggunakan bahasa melayu dalam semua mata pelajaran kecuali bahasa inggeris(kadang-kadang guru saya juga menggunakan bahasa melayu).Tiada masalah yang timbul ketika peringkat rendah dan menengah.Tiba masanya, saya belajar di peringkat asasi.timbul sedikit masalah dari segi pemahaman istilah.Ya..sedikit masalah,kerana bidang perakaunan ini saya tidak pelajari di sekolah.saya bermula dengan asasi.semua istilah di ajar menggunakan bahasa inggeris.Akan tetapi,rakan-rakan saya menghadapi kecelaruan memahami istilah yang sebelum ini mereka pelajari menggunakan bahasa melayu.Proses untuk memahami dan menghafal istilah memakan masa yang bukan sekejap dek kerana istilah melayu itu sudah melekat dalam akal pemikiran mereka.Tambahan pula,kebanyakan software untuk bidang saya dihasilkan dalam bahasa inggeris waima blogspot ini juga dalam bahasa inggeris.Selepas ini ada yang mengatakan saya anti-bahasa melayu...saya tak peduli.Saya tidak mengagungkan bahasa inggeris jauh dalam fikiran saya untuk mengkhianati bahasa melayu.Saya tidak mahu ditinggalkan oleh ilmuan barat dengan tidak memahami istilah yang mereka gunakan.otak saya pernah bercelaru ketika menggunakan windows XP edisi melayu (haruskah saya tulis "tingkap XP"?)

Saya Sayang Bahasa Bangsa Saya

saya sering mendengar,membaca istilah-istilah yang telah dikahwincampurkan oleh dewan bahasa kononnya untuk memudahkan pemahaman pengguna bahasa.(sebagai contoh:- laman web [istilah laman sesawang tiada dalam kamus dewan,yang ada hanyalah laman web] )
saya sedih mengapa kita sanggup merogol bahasa asing ketika menyatakan bahawa kitalah pejuang bahasa melayu.
saya hairan apabila anak-anak melayu kita tidak lulus dalam bahasa melayu(sebelum berlaku PPSMI) kita tidak peduli.
saya keliru mengapa cerita cinta,sains fiksyen dan tahyul karangan beberapa penulis muda (suatu ketika dahulu) di angkat menjadi komponen sastera dalam bahasa melayu?...adakah karya sasterawan negara tidak layak ditelaah oleh pelajar-pelajar kita?
Saya beranggapan bahawa sudah tiba masanya untuk mewajibkan syarat mendapatkan sekurang-kurangnya 80% markah mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum seseorang pelajar menamatkan zaman persekolahan.
Syarat lulus ujian lisan perlu diwajibkan keatas semua pelajar.pengendali ujan lisan haruslah bukan guru pelajar terbabit.
Jika kita mampu melakukan Malaysian Unversity English Test (MUET),saya tidak nampak apa-apa halangan untuk melaksana dan menggunapakai saranan saya.

Sudah tiba masanya bahasa bangsa saya dimartabatkan dan bangsa saya tidak kekurangan ilmu.
PPSMI harus diteruskan.Cadangan saya boleh dipertimbangkan.

Walaupun saya menyokong PPSMI bukan bermaksud saya menentang perhimpunan GMP.Saya tidak menentang perhimpunan itu kerana ianya Demokrasi.Tidak salah untuk berdemonstrasi di jalan raya hatta di angkasa sekalipun
selagi media arus perdana tidak menyebelahi sesiapa dan berlaku adil kepada seluruh penduduk Tanah Melayu ini.

"saya masih melayu walaupun saya jarang berbaju melayu"

p/s : terasa seperti almarhum Tongkat Warrant pabila menulis begini....lalala

0 comments:

Post a Comment