Tuesday, March 24, 2009

saya kagum..bukan kugan...


Tahniah Hj.Nizar kerana dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang

Secara peribadi,saya kagum dengan makhluk Allah ini.

Apa yang saya kagumi?

Beliau wajar dikatakan berjaya dalam kehidupan.Dianugerahkan akal yang pintar,lulus dalam pelajaran,cemerlang dalam kerjaya dan perniagaan dan seterusnya menjadi Menteri Besar Perak Ke-10 (in juga satu kejayaan),isteri yang setia dan taat, anak² yang soleh/solehah.

Berkebolehan bertutur dalam bahasa melayu,english,mandarin,tamil , membezakan beliau dari pemimpin² yang lain.

Berkeupayaan memimpin,mengetuai majlis² keagamaan,memberi tazkirah (selepas solat zohor di surau SUK) ,mengimamkan solat,membaca khutbah,walaupun beliau bukan berkelulusan agama (seorang jurutera bertauliah lulusan UK).

Seorang yang sederhana,merendah diri dan prihatin terhadap pekerja² beliau.

dan banyak lagi perkara menarik mengenai ketokohan beliau...

p/s - Tahniah dan Moga Berjaya Ayah Tan...
Ini bukan kempen Pilihanraya Kecil Parlimen P059 Bukit Gantang....Saya mengagumi beliau kerana merasakan personaliti beliau mengagumkan saya (saya sedang bersastera.. :p)

0 comments:

Post a Comment